seperti dalam tajuk, post tentu la tentang aktiviti weekend beta. ekeke. weekend beta bermula pada hari JUMAAT. weeeee~
JuMaAt:
abes je sekolah pagi, terus balik tidur. memang cara. siap skip lunch sebab nak kosongkan perut untuk aktiviti malam. hehe. around 4pm bangun tidur, buat itu ini, tengok tv, online main evony, dah senja. syiok woooo~ pukul 8.30 dah gerak ke sunway bawak mama ngan ayah makan-makan. lupe plak dengan driver kesayangan yang ikut sekali. hehe. tempat yang dituju adalah:
FLAMING STEAMBOAT RESTAURANT. banyak giler makanan dia sebab buffet style kan. heee~
berikut adalah soalan-soalan mama yang memang terkenal dengan persoalan yang tak pernah putus sewaktu makan di sana:
Q1: apa yang boleh makan dekat sini?(walaupun dah banyak kali bitau mama kami makan buffet)
A1: ma makan la ape yang mama nampak. ambik je.
Q2: aiskrim tu banyak nye. kite boleh makan ke?
A2: boleh mamaaaaaa~
Q3: yang goreng-goreng tu pun boleh amek ke?
A3: yup!
Q4: ada ABC la. boleh ke amek untuk ayah?
A4: semua yang boleh makan mama amek je.
mama dan ayah makan sampai menyandar. perut penuh dengan seafood n fishballs. perghhh~ layannnnn sangat! makan dari pukul 9 sampai 11 malam, mau tak kenyang. huhu. luckily mama and ayah enjoyed the foods, kalau tak sia-sia je bawak pegi belanja makan. *sigh*
sAbTu:
orang ingat cikgu tak payah mengajar ke hari sabtu? wajib ok. sebab ganti cuti raya yang 2 MINGGU ari tu. <sakan sangat nak raya, padan muka> siap ada jamuan hari raya lagi untuk cikgu dan students.
what i want to share about is the jamuan hari raya, i came across with six of my chinese students. semua pegang a plate of putu mayam. menarik! sebab beta sendiri TAK makan putu mayam. hahaha. setelah disoal siasat, rupa nya that was the first time they ever eat putu mayam. diorang sangat-sangat suka pulak tu, siap tambah. haha. this is what we call 1 Malaysia. siapa kata jamuan hari raya can't put us all together? hihi.
petang dan malam sabtu masih lagi dengan aktiviti makan di rumah-rumah terbuka. kan bulan raya ni. konfem badan naik balik lepas 3kg dah turun masa puasa ari tu. haih~ menyesal makan banyak-banyak!
AhAd:
bangun sangat lewat!hahaha~ semalam balik pukul 3 pagi sebab beraya tak ingat dunia. huhu. bangun-bangun terus basuh baju yang dah seminggu tunggu turn. orang busy lah katakan.
around 2pm baju dah siap basuh, dah siap sidai. kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. hujan giler lebat mula turun membasahi bumi klang. bukan basah je, banjir siap! dalam masa setengah jam dapur bole banjir. haish. makin banyak la kerja hari ni. baru ingat nak relax-relax je hari ni. potong sungguh.
mama ngan ayah pu mula la sibuk angkat itu ini, aku plak bawak masuk kucing dalam rumah sebab kesian kene hujan. yang paling sedih, baju tadi baru basuh dah kene basuh balik sebab kotor kene air hujan. *sabar,sabar* nak tak nak, basuh la balik. nasib la hujan tak lame, kalo tak, semua benda nak kene bawak naik atas. banyak tenaga nak pakai tu. habis lemak-lemak dalam badan ni kene sembelih nanti. huhu. kesimpulan: jangan basuh baju bila nampak hari dah mendung dan jangan basuh hari ahad nanti tak kering. huhu.
~what a weekend!~